72046

Ary Malik Meninggal Dunia Kerana Kanser Ovari Tahap 4 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas beberapa hari tidak sedarkan diri, selebriti wanita yang dahulunya pernah mewarnai dunia hiburan tanah air iaitu Ary Malik akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.17 malam tadi (Selasa) di Hospital Ampang.

ary

Allahyarhamah menderita penyakit kanser ovari tahap empat selama hampir satu tahun itu meninggal dunia di sisi keluarga, suami dan anak-anaknya.

Berita kematiannya juga telah disahkan sendiri oleh suaminya iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin dan apa yang difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Danau Kota, Setapak pada malam ini juga.

“Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya. Saya banyak belajar tentang kehidupan bersamanya. Anak-anak masih bersedih dan terkejut. Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan waktu (jenazah) dimandikan. Saya berterima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga.”

hi_01-1

Hasil perkahwinannya bersama Shahrul, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurh Zoe Iman Malik (19 tahun), Dinda Pelangi Timor Malik (13 tahun) dan Ratu Chinta Mecca Malik yang baru sahaja berusia 11 tahun.

Kami di SURIAfm mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Bagi yang beragama Islam, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!