84863

Ashraf Sinclair Perlukan Jurulatih Bahasa Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_5878

Sejak berkahwin dan menetap di Indonesia, bintang pelakon kacak, Ashraf Sinclair semakin terang bersinar. Suami kepada penyanyi serta pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari itu juga semakin murah rezeki berkat beberapa bidang perniagaan yang dia ceburi di negara jiran itu.

Terbaru, Ashraf kembali menemui peminat di Malaysia lewat siri-mini TV Astro berjudul DO[S]A yang menggabungkan pelakon dari tiga buah negara senusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Singapura.

img_5725

Biarpun berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Ashraf mengakui yang dia sebelum ini lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan hariannya. Dan setelah menetap lebih sepuluh tahun dan bekerja sebagai pelakon di Indonesia, dia tidak dapat elak daripada terpengaruh dengan loghat dan Bahasa Indonesia yang dia pelajari di sana.

from-l-r-dosa-casts-ashraf-sinclair-dato-m-nasir-remy-ishak-hisham-hamid-and-shenty-feliziana

“Setelah berkahwin dengan warga Indonesia dan berlakon begitu banyak sinetron sekitar sedekad di Indonesia, memang susah untuk saya buang loghat Indonesia saya. Kerana bahasanya begitu mirip dengan Bahasa Malaysia, dan kadangkala secara automatik saya akan mengeluarkan perkataan dalam Bahasa Indonesia kalau bertutur dalam Bahasa Malaysia. Malah, untuk siri DO[S]A saya terpaksa menggunakan khidmat jurulatih bahasa untuk memastikan saya menyebut dialog saya dengan loghat Bahasa Malaysia yang benar,” jelas Ashraf ketika ditemui di sidang media tayangan gala siri-mini itu di ibu kota semalam.

dosa-main-poster

Ashraf yang satu ketika dulu pernah dikritik beberapa pihak kerana dikatakan lupa bahasa tanah asalnya sendiri menjelaskan yang dia bukannya sengaja bercakap dengan loghat Indonesia, cuma sudah terbiasa dengan persekitarannya di sana. Lagipun Ashraf sendiri lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris dengan keluarganya sepanjang dia membesar dahulu.

Apa pun kami di Suria yakin Ashraf tidak pernah melupakan asal-usulnya dan kami tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia di tanah seberang!

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!