93808

Aura Nyanyian Tulus Dari Hati - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kelunakkan suara penyanyi popular Indonesia, Tulus memberikan seribu satu kenangan indah kepada peminat-peminat yang hadir ke konsert Tulus Sewindu Tour KL pada Sabtu lepas di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menjejak tahun kelapan dalam dunia muzik, Tulus atau nama sebenarnya Muhammad Tulus, 32, menjelaskan penganjuran konsert jelajah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminatnya.

Persembahan selama dua jam itu dibantu dengan barisan orkestra yang dibawa khas dari Indonesia. Antara lagu yang dbawakan Tulus pada malam itu adalah Overture, Baru, Jatuh Cinta, Gajah, Tukar Jiwa, Cahaya dan Teman Pesta-Kisah Sebentar.

Kelihatan tenang sepanjang berada di atas pentas, Tulus juga tidak melepaskan peluang berinteraksi dan berseloroh sekaligus membuatkan peminat yang hadir rileks dalam melayari persembahan Tulus. Malah, ketika Tulus membawakan lagu-lagu popularnya seperti Ruang Sendiri, Monokrom, Teman Hidup, Jangan Cintai Aku Apa Adanya, Sewindu, Pamit dan Manusia Kuat, nyanyian peminat sama bergema di dalam dewan.

Tenyata tepukan dan sorakan daripada peminat tiap kali Tulus menghabiskan persembahannya membuktikan kepuasan hati peminat terhadap persembahan Tulus.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu turut mempersembahkan lagu Labirin, Adu Rayu, Medley Lagu Minang, Langit Abu-Abu, Tergila-gila, Tuan Nona Kesepian, Sepatu dan Lagu Untuk Matahari.

Konsert itu turut dihadiri penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Malah turut hadir ialah selebriti-selebriti popular seperti Sheila Majid, Sherry Al-Hadad, Nabila Huda, Atilia, Fazley Yaakob, Imran Ajmain dan Hael.

Kredit gambar daripada Shiraz Projects.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!