97334

Aurel dan Azriel Jawab Mengapa Tidak Mahu Tinggal Bersama Ibu Kandung, Krisdayanti - Suria FM - Segalanya Hiburan

ANAK kepada penyanyi Krisdayanti dan bekas suami Anang Hermansyah iaitu Aurel dan Azriel membuat pendedahan mengapa dia menolak untuk tinggal bersama ibunya.

Menurut kapanlagi, Aurel dan Azriel memberitahu pendedahan itu melalui saluran YouTube The Hermansyah A6 memberitahu mereka tidak mahu menyusahkan penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia itu.

“Mimi (Krisdayanti) berkahwin dengan suaminya Raul dan ketika itu kami masih remaja. Sikap yang kebudak-budakkan akan menyusahkan mimi dan suaminya.

“Dulu mimi pernah cakap bahawa suaminya sudah boleh terima kami kerana kami sudah dewasa dan tidak merajuk lagi,” katanya.

Selain daripada itu, mereka juga memberitahu bahawa Krisdayanti terlalu sibuk dan selalu menolak untuk hadir pada majlis keluarga yang diadakan bapa mereka Anang.

“Mimi juga tidak pernah datang majlis-majlis yang kami adakan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan netizen berkenaan kekecewaan terhadap ibunya itu, Aurel berkata perasaan itu sudah hilang selepas mereka membesar.

“Kecewa, sakit hati, perasaannya hancur. Tapi sekarang sudah tidak ada sama sekali,” tutur Aurel.

Anang Hermansyah dan Krisdayanti bercerai pada 2009.

Krisdayanti berkahwin dengan usahawan Timor Leste, Raul Lemos pada 2011.

Manakala, Anang berkahwin dengan penyanyi Ashanty pada 2012.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!