85755

Avengers : Infinity War Sambungan Yang Dinanti-Nantikan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah lama ditunggu oleh para peminat filem adiwira komik Marvel, sambungan terbaru The Avengers muncul ke layar perak lewat Avengers – Infinity War.

Sesuai dengan sedutan iklan dan promosi yang telah dipertontonkan kepada orang awam sejak berbulan lalu, filemnya menepati permintaan kebanyakan penonton.

Dari mula hingga akhir filem ini, babak-babak aksi memenuhi setiap detik tayangan dan kemunculan watak-watak yang sudah sering dilihat dalam siri filem Avengers sebelum ini sama sekali tidak mengecewakan. Biarpun banyak penekanan diberikan kepada dua watak utama Avengers iaitu Iron Man dan Captain America, watak-watak lain masih utuh dalam menghidupkan jalan ceritanya.

Malah kali ini, terdapat penyertaan wira-wira Guardians of The Galaxy dan Doctor Strange yang bekerjasama dengan kumpulan Avengers untuk menentang pengganas dari luar angkasa yang bernama Thanos.

Biarpun durasi filemnya berjalan lebih daripada dua jam namun penonton mungkin tidak akan sedar dengan waktu yang berlalu kerana kehebatan jalan ceritanya.

Walau bagaimanapun pengakhiran filem kali ini dikatakan mendapat pelbagai reaksi selepas ditayangkan.

Untuk mengetahui mengapa banyak reaksi yang timbul kali ini, pastikan anda menonton Avengers – Infinity War yang mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 25 April ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!