88569

Awas Artis & Instafamous Yang Pakai Barang ‘Fake’, Anda Diperhati Akaun IG Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lalu tular di media sosial apabila sebuah akaun Instagram baru yang dicipta untuk mengesan selebriti dan ‘influencer’ yang memakai barang ‘fake’ atau palsu mendedahkan senarai selebriti tempatan yang memakai barangan palsu.

Ramai selebriti dan ‘influencer’ media sosial yang memakai barang palsu telah didedahkan oleh akaun yang bernama StreerWearBusMy.

Antara selebriti yang tersenarai memakai barang palsu ialah Aiman Tino, Naim Daniel, Janna Nick, Ismail Izzani, Fathia Latiff, Haqiem Rusli, Ara Johari, Ikmal Amry, Zoey Rahman dan ramai lagi.Tidak terlepas beberapa ‘influencer’ seperti Asyraff Mazlan, King Coco dan ramai lagi.

Pendedahan ‘panas’ itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak terutamanya ‘influencer’ di sosial media kerana kata mereka, segala gambar yang dimuatnaik di media sosial itu sekadar membantu peniafa untuk membuat ‘IG Review’.

Bukan sahaja mendedahkan siapa selebriti yang memakai barangan ‘fake’, tetapi akaun Instagram ini turut membuat pengesahan siapa selebriti yang memakai barangan asli.

Antara senarai selebriti yang dikesan memakai barang yang asli ialah, Neelofa, Nur Fazura, Awal Ashaari, Asfan, Harris Baba, Hael Husaini, Nabila Razali dan Sharifah Sakinah.

Sehingga kini akaun itu telah mengumpul hampir 77 ribu pengikut di Instagram.

Persoalannya siapakah pemilik akaun Instagram ini yang begitu arif mengesan kepalsuan dan keaslian barangan yang dipakai oleh selebriti ini? apa yang pasti, dengan adanya akaun ini, pasti ramai yang akan lebih berhati-hati dalam mempamerkan ‘kemewahan’ palsu mereka.

Jaga-jaga…. ada yang memerhati!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!