88119

Awas! Elizabeth Tan Kembali Dengan Polis Entry - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah lebih setahun berehat dari bidang nyanyian, penyanyi sensasi Elizabeth Tan kembali menggegar industri muzik dengan single terbaru berjudul Polis Entry.

Penyanyi yang lebih mesra disapa Lizzy ini sekali lagi mempertaruhkan lagu makanan beliau iaitu lagu yang berentak pop dan ini merupakan single pertamanya dibawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Polis Entry yang diinspirasikan dari lagu permainan kanak-kanak ini merupakan ciptaan komposer terkenal Hael Husaini yang dihasilkan bersama Ezra Kong.

Ditanya kenapa mengambil masa setahun untuk kembali aktif menyanyi, kata Lizzy selama ini dia memberi fokus kepada bidang lakonan dan kesihatan diri sendiri.

Lebih menarik, buat pertama kalinya Lizzy mengarahkan sendiri muzik video Polis Entry ini.

“Saya berharap single ini dapat diterima dengan baik oleh peminat muzik tanah air. Saya teruja untuk melihat reaksi mereka apabila lagu dan muzik video ini dilancarkan secara rasmi nanti”, jelasnya.

Tahniah dari SURIA buat Lizzy. Gembira rasanya melihat perkembangan Lizzy yang semakin ceria, sihat dan cantik. Sentiasa positif ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!