100114

Awas! Netizen Komen Negatif Kepada Lee Min Ho Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang - Suria FM - Segalanya Hiburan

AGENSI pengurusan pelakon Lee Min Ho iaitu MYM Entertainment telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang meninggalkan komen negatif terhadap artis mereka.

Menerusi laporan Soompi, firma guaman yang dilantik agensi tersebut iaitu LIWU kini dalam proses mengumpul segala bukti untuk dibawa ke mahkamah.

“Firma guaman LIWU kini sedang meneliti komen-komen negatif berhubung dengan artis dibawah agensi MYM Entertainment iaitu pelakon Lee Min Ho.

“Banyak komen yang menyerang isu peribadi, gangguan seksual, berita palsu dan gosip liar. Kami dalam proses nak mengumpul semua komen yang ditinggalkan individu di laman sosial,” kata wakil firma guaman tersebut.

Lee Min Ho baru-baru ini membuat kemunculan semula menerusi drama The King: Eternal Monarch selepas tamat latihan tentera pada tahun lalu.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Soompi

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!