88496

Awi Rafael Dapat Kejutan Hari Jadi Sebelum ‘Ini Semua Dunia’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seiring dengan perjalanan usia yang makin mematangkan, begitulah juga karya ciptaan penyanyi dan komposer Awi Rafael yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-32 pada hari ini.

Awi Rafael atau mesra disapa Awi mendapat kejutan hari jadi semalam di SukaSucre Bistro, selepas pihak Warner Music Malaysia merancang acara tersebut yang dihadiri beberapa rakan media yang lain. Selepas kejutan tersebut Awi juga mengumumkan bahawa single terbarunya ‘Ini Semua Dunia’ bakal diperkenalkan kepada umum.

Awi berdakwah secara santai menerusi single terbarunya ‘Ini Semua Dunia’ yang mengingatkan pendengar bahawa dunia hanya sementara dan segalanya atas dunia tidak kekal selamanya.

Menariknya, lagu ini bukanlah lagu nasyid tetapi ia sebuah lagu berirama pop dan melodi berunsur ‘catchy’ yang diselitkan dengan lirik berunsur kesilaman. ‘Ini Semua Dunia’ merupakan karya ciptaan Awi sendiri sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini. Lagu ini merupakan salah satu track yang akan dimuatkan dalam album baru Awi berjudul ‘Euforia’ yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Sebagai hadiah buat peminat Awi Rafael, Warner Music Malaysia bakal melancarkan video muzik rasmi ‘Ini Semua Dunia’ di saluran Youtube Warner Music Malaysia pada jam 10 malam nanti. Video muzik terbitan Warner Music Malaysia dan arahan Gambo TV ini merupakan video muzik pertama di Malaysia yang menampilkan teknologi ‘facemapping’.

‘Ini Semua Dunia’ merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 25 MEI 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!