85762

Ayu Damit Nafi Suara Sudah ‘Tak Sampai’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-04-25-at-12-34-07-am

Bekas pemenang rancangan realiti One in A Million, Ayu Damit menafikan yang suaranya sudah tidak mampu untuk menyanyikan lagu hitnya ‘Hanya Di Mercu’.

“Bukan dah tak sampai. Lagu tu tidak diminta oleh pihak penganjur jadi Ayu tidak menyanyikannya. Biasanya kalau pihak penganjur minta lagu Hanya Di Mercu, Ayu pasti akan mendendangkannya,” jelas penyanyi yang berasal dari Sabah itu.

Ketika ditemui di Majlis Makan Malam Amal ‘A Night of Hope’ anjuran Institut Diabetis Nasional baru-baru ini, Ayu berpeluang membuat persembahan pertama dengan menyampaikan beberapa buah lagu di samping dua orang penyanyi senior lain iaitu Nourul Wahab Depp dan juga Liza Hanim.

Biarpun Liza dan Nourul sempat mendendangkan beberapa lagu penyanyi lain, mereka masih menyampaikan lagu asal masing-masing seperti Getaran Cinta di Jiwa dan Cinta Azali.

Walau bagaimanapun Ayu hanya menyanyikan beberapa lagu ‘medley’ yang pernah dirakam oleh penyanyi lain.

whatsapp-image-2018-04-25-at-12-34-07-am-2

Dalam pada itu, Ayu juga memberitahu bahawa ramai yang kurang mengenali Ayu Damit tapi lebih kenal dengan Ayu One In A Million atau Ayu Hanya Di Mercu.

“Oleh sebab itu di dalam maklumat Instagram Ayu, tertulis Hanya Di Mercu kerana ramai yang tidak tahu saya dikenali sebagai Ayu Damit,” tambahnya lagi.

Yang pasti kami di Suria tahu kehebatan vokal Ayu dan berharap Ayu tidak akan berhenti menyanyi lagu Hanya di Mercu!

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!