72304

Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Teruja Bakal Timang Anak Perempuan - Suria FM - Segalanya Hiburan

screen-shot-2017-05-23-at-3-20-42-pm

Pasangan selebriti terkenal Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha meluahkan rasa teruja apabila mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Ayu yang kini sedang hamil lapan bulan berkata, beliau sangat teruja untuk menyambut anak ketiga ini kerana selepas dua kali dikurniakan cahaya mata lelaki, akhirnya impiannya dan suami untuk mendapat anak perempuan tercapai.

screen-shot-2017-05-23-at-3-21-47-pm

“Zaquan yang nak sangat anak perempuan, sebab dia suka budak perempuan”, kata Ayu.

Pasangan ini walaubagaimanapun belum mempunyai nama yang ditetapkan untuk bayi yang bakal lahir pada bulan hadapan itu.

screen-shot-2017-05-23-at-3-53-57-pm

Ditanya mengenai persiapan berpantang, Ayu berkata dia akan berpantang di sisi suaminya sahaja.

“Selalunya orang biasa berpantang dengan mak, tetapi saya selalu akan berpantang dengan Zaquan.

Dah anak tiga, mana Zaquan ada, saya akan ada. Tapi saya akan dibantu oleh pembantu rumah serta ibu yang akan datang ke rumah nanti”, jelasnya.

screen-shot-2017-05-23-at-3-22-22-pm

Pasangan ini ditemui di majlis meperkenalkan duta kempen Terima Kasih anjuran Media Prima di mana Zaquan Adha turut terpilih sebagai salah seorang duta untuk kempen sempena bulan Ramadhan ini.

screen-shot-2017-05-23-at-3-39-39-pm

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!