90933

Ayu Raudhah Kesal Video Peribadi Suami Disebar Individu Tidak Bertanggungjawab - Suria FM - Segalanya Hiburan

Beberapa minggu lalu panas di media sosial apabila video seorang lelaki berwajah mirip pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha yang hanya berseluar dalam menjadi tular dikalangan netizen.

Apabila tersebarnya video seperti ini, pastinya ia akan memberi gambaran yang buruk tentang individu yang terkait lantas mencalarkan reputasi yang sudah terbina.

Kesannya bukan sahaja dirasai oleh Zaquan tetapi tempiasnya turut terkena kepada si isteri iaitu aktres popular, Ayu Raudhah.

Ayu dalam satu sesi temuramah bersama pihak media di sebuah acara telah menjelaskan bahawa video yang tersebar itu adalah milik peribadi mereka suami isteri.

Katanya lagi, video itu berada di dalam telefon pintarnya yang telah rosak yang kemudiannya di hantar ke kedai untuk dibaiki.

Namun, segala gambar dan video di dalam telefon pintar berkenaan dikatakan telah hilang kerana telah di ‘format’.

“Sebagai seorang isteri sudah tentu saya orang pertama yang tahu.  Saya tak tahu macam mana video itu boleh tersebar kerana perkara itu adalah antara saya dan suami.

Sekarang ini saya rasa macam ada ada satu sindiket yang mencari dan menjual video-video yang melibatkan pemain bola dan artis.

Saya rasa benda-benda macam ini tidak patut dikongsi” jelas Ayu.

Tambah Ayu lagi, bukan dia cuba menutup aib suami sendiri tetapi perkara ini adalah hak peribadi mereka berdua.

“Saya tak perlu nak mengiyakan atau menidakkan perkara ini kerana ini adalah isu yang sensitif. Ini adalah hal rumahtangga saya. Yang penting saya dan suami tahu”, ujarnya.

Selepas menyedari video itu sudah tersebar, Zaquan telah membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Semoga tabah dengan ujian ini, dan semoga Ayu dan Zaquan lebih berhati-hati selepas ini. Kepada yang menyebarkan video peribadi milik orang lain, ingatlah balasan tuhan itu pasti.

 

Sumber : Utusan Malaysia

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber