72842

Ayuh Bantu Komuniti Rohingnya Bersama Damasutra - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

img_6244

Damasutra kembali beraksi menemui peminat setelah sekian lama tidak membuat persembahan bersama. Lagu- lagu mereka seperti ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’ , ‘Sufi’ dan ‘Asyik’ masih lagi menjadi siulan peminat muzik Malaysia dan masih boleh kedengaran di radio.
Kali ini, mereka kembali beraksi dengan satu misi penting untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Rohingya.

Live Music Amal : Damasutra – Air Mata Rohingya adalah sebuah acara Mini-Konsert amal yang dianjurkan oleh INSAF Malaysia, sebuah pertubuhan kemanusiaan di Malaysia.
Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Padi Records, Solaris Music, PERMIS dan Gabungan CK Biker’s Club.

img_6284
Ia akan diadakan pada 17 Disember 2017 di Hard Rock Café, Kuala Lumpur dari jam 3:00 petang hingga jam 5 :00 petang. Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan bolehlah membayar caj masuk sebanyak RM65 di pintu masuk pada hari persembahan atau boleh juga mendapatkan tiket awal melalui Cik Juliana di talian 013-340 0447.

Sepanjang persembahan selama 2 jam ini, orang ramai akan disajikan dengan lagu-lagu hit dendangan Damasutra.

Peminat juga akan turut didendangkan oleh artis-artis dari Padi Records dan Solaris Music seperti Ammy Fara dari Thailand, Real Spin dan Ezza dari Filipina sebagai artis undangan.

img_6278
Bagi Damasutra yang dianggotai oleh Baggio (vokal), Amran (bass), Alok (lead guitar) dan Assu (drum), peluang ini mereka ambil sebagai sumbangan mereka kepada sebuah matlamat kemanusiaan yang lebih besar. Mereka telah dipilih oleh INSAF kerana mereka dikenali dengan lagu-lagu yang bermesej kemanusiaan. Ditambah pula, Baggio merupakan sukarelawan INSAF Malaysia yang sangat aktif dengan aktiviti anjuran INSAF.

Jumlah kuitpan yang berjaya dikumpul daripada Mini Konsert ini akan disalurkan kepada bantuan kemanusiaan warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan juga kepada program amal INSAF di tempatan dan seluruh Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!