72460

Azharina Bawa Segerombolan Pergi Dating - Suria FM - Segalanya Hiburan

Juara Gegarvaganza musim ketiga Azharina Azhar mengakui bahawa beliau sedang berkawan dengan seorang jejaka.

Namun kata Azharina atau lebih mesra dengan panggilan Nina ini, beliau hanya berkawan dan belum memikirkan ke arah yang lebih serius.

Malah kata pelantun lagu Elegi Sepi ini, beliau belum pernah keluar berdua-duaan bersama jejaka berkenaan.

screen-shot-2017-07-24-at-2-29-13-pm

“Saya tak pernah keluar sorang-sorang, saya akan keluar dengan gerombolan teman-teman saya. Pernah ‘dating’ sekali jer ramai-ramai, sepuluh orang saya bawa”, katanya.

Tambah Nina lagi, beliau tidak berani keluar berdua-duaan kerana statusnya yang merupakan seorang ibu tunggal sering mengundang tanggapan serong orang ramai.

Ditanya dengan lebih lanjut tentang identiti jejaka berkenaan, Nina mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mendedahkan siapakah gerangan si dia.

“Dia orang biasa saja, dan dia ada bisnes sendiri”, jelasnya ringkas.

screen-shot-2017-07-24-at-2-29-35-pm

Terbaru, Nina bakal muncul dengan sebuah drama berperanan sebagai ibu yang jahat.

Nina ditemui sewaktu majlis Rumah Terbukanya baru-baru ini.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!