87435

“Azmi Mana Duit Nafkah & Persiapan Raya Anak?” – Elly Mazlein - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya isu tuntutan nafkah diantara pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya Azmi Hatta masih berlarutan.

 

Biarpun hari raya Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi, namun Elly menyatakan bahawa Azmi belum memberi duit belanja raya untuk anak perempuan mereka Sephia.

Azmi sepatutnya mebayar RM1500 sebagai nafkah untuk Sephia setiap bulan, namun menurut Elly Mazlein perkara itu tidak dilaksanakan oleh Azmi.

Kata Elly lagi, jika bekas suaminya itu mampu untuk membayar peguam untuk memenjarakanya serta membeli motosikal berkuasa tinggi dan memiliki syarikat produksi sendiri, takkan tak mampu untuk membayar nafkah anak setiap bulan.

Semoga tuntutan nafkah ini dapat diselesaikan dengan segera dan ketiga-tiga mereka dapat beraya dengan aman damai.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!