85065

Azmil Mustapha, Pelakon Ali Setan Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular era 1980-an, Azmil Mustapha , 65 yang terkenal dengan filem Ali Setan telah meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Berita tentang kematian arwah Azmil dikongsikan oleh anak lelaki tunggalnya Mohd Bazli kepada akhbar tempatan Berita Harian.

“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

“Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,” katanya.

Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga. Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

Sewaktu zaman kegemilangannya, Azmil pernah menjadi antara hero popular pujaan Malaya selepas meledak dengan filem pecah panggung Ali Seta bergandingn dengan primadona Fauziah Ahmad Daud.

ali-setan-1986

Takziah diucapkan kepada keluarga Arwah dan semoga roh Azmil ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!