72496

Azwan Ali Jual Rendang Sebab dah Takde 'Job' - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

whatsapp-image-2017-08-03-at-5-29-25-pm-1

Lama juga Suria tidak mendengar khabar daripada selebriti popular dan penuh kontroversi, Azwan Ali.

Namun baru-baru ini kami sempat bertemu dengan Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA sewaktu dia menjadi juri untuk salah satu segmen Kecoh Suria yang sedang ditayangkan di laman www.suria.my

Menurut Azwan yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah beberapa bulan lalu untuk mengerjakan ibadah Umrah, ramai yang masih merindukan kehadiran serta karya-karyanya.

whatsapp-image-2017-08-03-at-5-29-25-pm

“Alhamdulillah, sejak saya pulang dari Mekah, kecaman-kecaman dari pihak yang kurang menyenangi kehadiran saya sudah berkurangan. Mungkin mereka sudah tidak ada modal lagi. Malah di usia 52 tahun ini semakin ramai yang menanti-nanti dan merindukan kemunculan semula Azwan Ali,” jelas Azwan.

Biarpun jarang tampil di media massa sejak kebelakangan ini, Azwan memberitahu yang dia sibuk dengan perniagaan rendangnya.

“Lantaklah orang nak mengata yang saya sudah tidak dapat tawaran kerja lagi dan sebagainya. Yang penting perniagaan rendang saya masih berjalan. Saya banyak menerima tempahan-tempahan korporat dan yang paling penting rezeki yang saya dapat dari situ halal. Saya bersyukur rezeki saya tidak putus-putus dan masih ada. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

whatsapp-image-2017-08-03-at-5-29-25-pm-3

Beliau juga menyimpan angan-angan untuk melihat perniagaan rendangnya sampai ke luar negara.

“Manalah tahu, satu hari nanti rendang saya sampai ke London dan Paris? Kita tidak tahu apa yang terjadi tapi sudah tentu saya juga menyimpan angan-angan tersebut dan berharap ia mampu jadi kenyataan,” ujar Azwan melengkapkan bicara.

Untuk lebih banyak perkembangan dunia hiburan dan sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!