72154

Azwan Ali Menangis di Media Sosial Kenang Kisah Cinta Dengan Artis - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-06-at-12-31-59-pm
Kalau sebut nama Azwan Ali, pasti seluruh Malaysia mengenali tuan punya nama. Suatu ketika dahulu beliau dijulang sebagai salah seorang pengacara di tangga teratas Malaysia, dan kini biarpun sudah menjangkau usia 52 tahun, masih ramai peminatnya yang setia dengan perkembangan terbarunya.

Baru-baru ini, Azwan diundang menjadi artis jemputan untuk rancangan Suria Cinta di stesen Radio Suria bersama DJ Lin. Dan dalam slot rancangan Facebook Live #apaitucinta, Azwan Ali sempat berkongsi pengalamannya kala dilamun cinta.

whatsapp-image-2017-04-06-at-12-31-53-pm

Dan kala diajukan pertanyaan tentang kehidupannya, Azwan sempat berasa sebak dan menitiskan air mata di depan DJ Lin serta para penonton sesi Facebook Live #apaitucinta. Mungkin di saat itu, Azwan tidak dapat menahan perasaannya tika teringat akan sokongan dan kasih sayang peminatnya.

“Saya menangis bukan kerana saya sedih DJ Lin, tapi saya terharu mengingatkan para peminat dan penyokong saya yang selalu menyokong saya biarpun saya dilempar pelbagai kata-kata dan panggilan yang kurang menyenangkan,” jawab Azwan kala ditanya DJ Lin di Konti Suria.

Siapa sangka, artis yang sering dikecam sebagai ‘mulut lazer’ ini rupa-rupanya pernah menjalin hubungan percintaan dari zaman bergelar mahasiswa sehinggalah beliau bekerja dengan beberapa artis popular.

whatsapp-image-2017-04-06-at-12-31-55-pm

“Sewaktu saya mula-mula melanjutkan pengajian tinggi di Dungun dulu, saya pernah menyimpan perasaan terhadap seorang gadis. Tapi sayangnya, gadis tersebut dirampas oleh orang lain. Dan sejak berkecimpung dalam dunia hiburan, serta bergelar pengacara TV saya juga pernah menaruh perasaan terhadap tiga orang selebriti wanita popular yang digelar 3S,” jelas Azwan.

Sayangnya cintanya tidak dibalas oleh ketiga-tiga penyanyi wanita tersebut dan sehingga kini Azwan masih membujang.

Walau apapun, Suria mendoakan semoga Azwan Ali akan menemui cinta sejatinya dan terus berjaya dalam kerjayanya.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!