72445

Baby Driver Bikin Pavilion Gamat - Suria FM - Segalanya Hiburan

289d3b8e-be8a-4f43-a9ad-f8a02c872abb

Peluang yang jarang sekali muncul buat peminat filem Hollywood di Malaysia apabila pelakon utama serta pengarah filem dari Hollywood, Baby Driver telah berkunjung ke Malaysia until mempromosikan filem itu.

Filem Baby Driver yang diarahkan oleh Edgar Wright itu dibintangi pelakon terkenal Ansel Elgort, Lily James dan Jamie Fox.

a46d35b1-c553-4ee7-a8ac-462ec7e04873

Ansel Elgort yang sebelum ini meledak dengan filem The Fault In Our Stars manakala Lily James pula pernah membintangi filem ikonik Cinderella telah membuatkan ribuan peminat yang menanti mereka di kompleks membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur bagaikan terkena histeria.

609e5b1a-755a-447c-83f3-3a21034469a3

Peminat mula berkumpul seawal jam 4 petang lagi bagi menantikan pelakon kesayangan mereka melintasi permaidani merah jambu yang disediakan sepanjang pintu masuk Pavilion sehingga ke dalam bahagian tengah pentas.

ec07730f-d288-4093-ae89-c7422c1b72b5

Seluruh bangunan Pavilion gamat apabila kelibat Ansel muncul di karpet merah jambu. Peminat seakan tidak percaya bintang Hollywood itu betul-betul berada di depan mata mereka.

Ada peminat yang menangis dan meraung kerana dapat berswafoto bersama Ansel dan Lily.

dea38770-06b2-4cf8-8d1a-065719a314c1

Keramahan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon itu sangat luar biasa. Mereka seolah-oleh tidak penat melayan permintaan peminat yang mahu bergambar sampai sanggup bertemu ratusan yang menanti giliran berfoto.

Malah sampai ke belakang pentas juga mereka cuba melayani peminat yang menjerit-jerit mahu bergambar. Mereka sendiri menawarkan untuk memegang telefon-telefon bimbit para peminat yang menanti dan berswafoto bersama.

f79fb1f9-e409-4f4e-aed3-c76a16fa15d2

Lily sewaktu ditemurah oleh pengacara pada malam itu berkata, setakat ini peminat di Malaysia adalah yang terbaik pernah ditemuinya.

Perkara tersebut turut disokong oleh Ansel yang menyifatkan peminat di Malaysia sangat menyambut baik kehadiran mereka. Malah beliau sama sekali tidak menyangka akan menerima sambutan yang sangat hebat dari peminat.

f3e46b9a-b08a-4576-9013-bd4bfecdfc37

Pengarah filem tersebut, Edgar Wright juga dikhabarkan akan bercuti beberapa hari di Malaysia namun lokasinya dirahsiakan.

Suria turut berada di sana dan merasai sendiri kemeriahan sambutan hebat pada malam itu.

Semoga dengan kehadiran pelakon dan pengarah Baby Driver ini akan membuka jalan kepada lebih banyak produksi Hollywood untuk melakukan promosi filem di Malaysia.

Di sini kami kongsikan beberapa foto dari laman Instagram peminat-peminat bertuah yang dapat berswafoto dengan bintang-bintang terkenal semalam.

Untuk lebih banyak berita sensasi dan hiburan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!