72446

Baby Driver Penuh Aksi dan Melodi - Suria FM - Segalanya Hiburan

baby_driver_1-edited

Sejak kemunculan filem Fast & Furious pertama dahulu, filem aksi yang melibatkan penggunaan kereta laju dan juga lagak ngeri semakin banyak diterbitkan di seluruh dunia. Dari layar Hollywood sehinggalah ke Asia, ramai penerbit filem berlumba-lumba untuk menghasilkan filem dengan konsep yang sama.

127032_widescreen

Namun pengarah tersohor Edgar Wright yang pernah menjadi sutradara filem Hot Fuzz muncul dengan filem aksi menggunakan pemanduan kereta laju yang agak berbeza. Baby Driver merupakan karya terbarunya yang sangat unik dari segi pengembangan jalan cerita dan juga konsep.

600px-babydriver-1

Ini kerana filem tersebut dimulakan dengan runut bunyi dahulu yang kemudian dikoreograf mengikut pergerakan dan aksi-aksi utama jalan cerita. Ketika ditemui di sidang media filem Baby Driver di Malaysia, Edgar memberitahu bahawa idea dan skrip filem ini telah ditulis belasan tahun yang lalu dan ia dimulakan dengan pemilihan lagu-lagu yang sesuai.

 

Dari lagu-lagu ini, Edgar telah mencantumkan setiap pergerakan serta aksi dalam filem mengikut rentak lagu-lagu yang dipilih. Ternyata, konsep baru ini berjaya menghasilkan sebuah filem yang segar dan berbeza dari filem berkereta laju lain sebelum ini.

127275_large

Malah, Edgar juga bersetuju yang ia boleh dianggap sebagai sebuah filem muzikal yang berbeza dari filem muzikal tradisional seperti Les Miserables atau Pitch Perfect.

Ditambah pula dengan lakonan mantap bintang-bintang tersohor seperti Ansel Elgort, Lily James, Jamie Foxx, dan juga Kevin Spacey, Baby Driver pasti akan menambat hati penonton.

Sekiranya anda peminat filem penuh aksi dan kaya dengan olahan muzik yang hebat (termasuk beberapa lagu-lagu popular), pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan filem Baby Driver di pawagam terdekat bermula 20 Julai ini!

Untuk lebih banyak berita hiburan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!