90825

Baby One More Time Kini Berusia 20 Tahun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Lagu popular Baby One More Time nyanyian bintang pop terkemuka dunia Britney Spears kini berusia genap 20 tahun.

Single pertama Britney itu secara rasminya dilancarkan pada tarikh 23 Oktober 1998.

Nama Britney Spears terus meledak dengan single Baby One More Time yang terus mendaki di tangga pertama carta muzik seluruh dunia.

Sejak dari itu kerjaya Britney Spears terus mekar di era Millennium sehinggakan beliau pernah diiktiraf sebagai artis paling popular di dunia.

Video muzik Baby One More Time juga telah disenaraikan antara video muzik paling ikonik sepanjang zaman.

Sempena dengan ulangtahun ke 20 lagu Baby One More Time, Britney telah memuatnaik video muzik lagu itu di Instagram milik beliau beserta ucapan terima kasih kepada seluruh peminatnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!