72568

Bahana Thana - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama penyerang skuad kebangsaan bawah 22 tahun, N Thanabalan kini menjadi buah mulut 32 juta rakyat Malaysia.

Hasil tandukkannya menjaringkan gol disaat Malaysia menentang Indonesia sewaktu perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2017 ibarat hadiah yang tidak ternilai kepada seluruh rakyat Malaysia.

screen-shot-2017-08-29-at-11-19-49-am

Tandukkan magis Thanabalan itu telah menghapuskan segala debaran dan kerisauan yang melanda hati sanubari 32 juta rakyat Malaysia selama 87 minit menanti detik penentuan siapa yang bakal mara ke pusingan akhir.

Walaupun menerima pujian melambung dari jutaan rakyat Malaysia, namun Thanabalan masih merendah diri.

screen-shot-2017-08-29-at-11-22-23-am

Kata anak kelahiran Seremban Negeri Sembilan ini, kejayaan ini adalah hasil kerja keras sepasukan yang bertungkus lumus bermain.

“Saya tiada apa-apa tanpa rakan sepasukan saya. Bola sepak adalah permainan pasukan, ” luah pemain yang menjaringkan empat gol dalam perjalanan ke final.

screen-shot-2017-08-29-at-11-13-39-am

Thanabalan juga meminta supaya dirinya tidak dilayan bagaikan seorang hero.

“Tidak ada superstar dalam pasukan ini. Semua orang bekerjasama untuk membantu pasukan mencapai tahap akhir. Saya mungkin telah menjaringkan gol kemenangan, tetapi ia adalah usaha pasukan,” kata pemain Felcra ini.

Thanabalan turut meluahkan rasa gembira tatkala namanya sering menjadi sorakan peminat sewaktu beliau beraksi di atas padang.

screen-shot-2017-08-29-at-11-17-02-am“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan yang telah mereka tunjukkan kepada saya, tetapi saya hanya seorang pemain biasa yang bekerja keras untuk pasukan.”

Ayuh sama-sama kita doakan semoga pasukan Malaysia dapat mempamerkan aksi cemerlang dalam memburu kilauan emas ibu segala pingat pada malam ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!