88096

Baik Punya Concert 4D Bakal Gunakan ‘Kelemahan dan Kekuatan’ 4 Sahabat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebuah konsert khas yang diberi nama Baik Punya Concert 4D bakal menampilkan empat sahabat berbakat iaitu Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac. Ya, 4Dato’ di dalam 4Dimensi!

Menurut mereka nama itu tiada kena-mengena dengan nombor ekor, harap maklum.

Keserasian di antara empat orang seniman ini amat kuat dan sentiasa berjaya menghiburkan penonton.
Kejayaan filem Baik Punya Cilok, Cuci, Buli, serta pertunjukan teater Cuci The Musical, dan Teater Baik
Punya Cilok adalah bukti bahawa persahabatan mereka bukan saja menjadi di dunia luar malah di layar
filem dan juga di atas pentas. Baik Punya Concert 4D adalah terbitan kerjasama sahabat berempat ini
dibawah syarikat masing-masing iaitu Tall Order Sdn. Bhd., Awie Entertainment Sdn. Bhd., DNF Pictures
Sdn. Bhd. dan juga Vision Works Sdn. Bhd.

Menurut penerbit konsert ini, Jennifer Thompson, Baik Punya Concert 4D bukan sahaja akan
menonjolkan nyanyian, malah mempunyai naratifnya yang tersendiri tentang perjalanan hidup empat
sahabat ini yang akan dipersembahkan dalam sketsa-sketsa pendek.

Malah menurut keempat-empat mereka, setiap seorang akan menggunakan kelemahan dan kekuatan masing-masing untuk menghidupkan lagi konsert ini. Sebagai contoh, Hans Isaac yang bukan merupakan seorang penyanyi sudah siap untuk menggunakan kekurangannya dalam bidang nyanyian sebagai bahan intipati untuk mewarnai konsert tersebut.

Nyanyian Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac akan diiringi oleh
sebuah kumpulan muzik yang diterajui pengarah muzikal terkemuka, Datuk Acis.

Penceritaan Baik Punya Concert 4D pula akan dibantu oleh seorang penglipur lara yang tidak asing lagi
iaitu Encik Kamrul Hussin (dari kumpulan muzik tradisional Geng Wak Long).

Senarai lagu yang akan dipersembahkan pasti akan membuat penonton turut menyanyi, menari dan
bersama menggegarkan panggung Istana Budaya. Dari lagu original muzikal Cuci dan filem Baik Punya
Cilok ke lagu-lagu evergreen sehinggalah ke lagu-lagu popular terkini. Baik Punya Concert 4D pasti
akan membawa anda melangkaui jalan kenangan zaman-berzaman.

Baik Punya Concert 4D akan menemui penonton pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2018 pada jam 8.30
malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Harga tiket bermula dari RM98! Untuk sebarang pertanyaan
tentang pakej korporat atau pembelian secara pukal, sila hubungi Tall Order Sdn. Bhd. di talian
03-4253 2241

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!