89054

“Baju Itu Bukan Direka Untuk Seorang Sahaja” – Neelofa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selasa lalu kecoh sebentar di media sosial apabila pengacara popular rancangan Meletop Noor Neelofa memakai pakaian daripada jenama Innai Red.

Pakaian itu telah dipentaskan di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 pada malam Ahad lalu dan turut dipakai oleh seorang artis wanita iaitu Nur Fazura pada malam yang sama.

Disebabkan itu, netizen mula mempertikaian pemilihan pakaian Neelofa pada malam Selasa lalu. Namun Neelofa tidak mudah melatah dan mempunyai sebabnya sendiri.

“Saya tidak nampak kenapa isu ini (memakai baju yang sama) perlu diperbesar-besarkan. Baju itu adalah koleksi ‘ready-to-wear’ (siap dipakai) dan bukannya direka untuk seorang sahaja. Dan saya tidak tahu apa-apa pun tentang kemahuan sesiapa. Saya tidak rasa saya ada masa untuk periksa itu semua”, jelasnya.

Tambah Lofa lagi, biarpun beliau tahu ada 10 orang pakai baju yang sama, tetapi beliau akan menggayakannya dengan cara yang berbeza.

“Saya tidak kisah untuk pakai sesuatu rekaan ‘ready-to-wear’ daripada mana-mana pereka tempatan kerana penata gaya saya tahu untuk menyuaipadankan gaya agar kelihatan berbeza”, terangnya.

Neelofa ditemui di majlis pelancaran telefon pintar terbaru keluaran Oppo yang diberi nama F9 di mana wajahnya dirakam untuk kempen jenama itu.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!