85105

Baru Seminggu Bernikah, Muka Fizi Ali Lebam Kerana Shakilla? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Belum pun cukup seminggu penyampai Suria Pagi, Fizi Ali bernikah dengan isterinya Shakilla Koriri, namun wajah kacak jejaka berusia 29 tahun itu telah pun mengalami lebam-lebam.

Dalam kemaskini terbaru Instagram milik Fizi, Fizi telah memuatnaik gambar dirinya yang mempunyai lebam dimuka sambil menjinjing beg beli belah Ikea.

whatsapp-image-2018-02-23-at-3-39-56-pm

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Fizi menyatakan bahawa dirinya didera dan perlu mengangkat banyak barang. Katanya lagi susah juga menggalas peranan sebagai seorang suami.

whatsapp-image-2018-02-23-at-3-44-07-pm

Gambar tersebut telah mendapat lebih 3500 ribu like dan menerima pelbagai komen lucu daripada pengikutnya.

Menurut Fizi mukanya menjadi lebam kemerah-merahan kerana isterinya telah membuat rawatan ‘facial’ diwajahnya.

“Isteri saya telah menggunakan sejenis penyedut kotoran di wajah saya sehingga menyebabkan pipi saya menjadi kemerah-merahan”, jelasnya.

Oh itu puncanya ya. Suria ingatkan kena dera betul-betul. Tak Baik tau yang buat spekulasi Fizi kena dera dengan isteri. Apa-apa pun kekal ‘sweet’ okay Fizi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!