85549

Basmati Blues Hiburan Ringan Ala Bollywood Untuk Semua - Suria FM - Segalanya Hiburan

_mg_6679

Menyaksikan pelakon India Bollywood menyanyi dan menari dalam filem-filem mereka bukanlah sesuatu yang baru lagi kerana konsep sedemikian memang sinonim dengan genre filem berkenaan.

Namun untuk menyaksikan pelakon Hollywood dan Bollywood bergabung dalam sebuah filem komedi muzikal dalah sesuatu yang jarang kita saksikan.

bb_unit-239_v01

Itulah yang dipaparkan dalam filem terbaru Basmati Blues yang bakal menemui penonton di pawagam. Filem arahan Dan Baron ini merupakan sebuah komedi muzikal yang menggabungkan pelakon Hollywood dan pelakon India.

Jalan cerita filem ini sebenarnya sangat mudah namun diceriakan dengan unsur-unsur komedi serta nyanyian untuk menghidupkan lagi teras cerita.

_mg_0041_v01

Didukung oleh beberapa nama popular dunia Hollywood seperti Brie Larson, Donald Sutherland dan ramai lagi, mereka diberi peluang menyerlahkan bakat nyanyian serta tarian di samping bersama beberapa pelakon India seperti Utkarsh Ambudkar.

Ceritanya mengisahkan seorang saintis wanita dari Amerika Syarikat bernama Linda yang dihantar ke India untuk memperkenalkan sejenis beras baru yang dapat bertahan dan terpelihara daripada serangga perosak. Dalam proses hendak memperkenalkan beras baru itu, dia bertemu dengan seorang anak petani tempatan yang bijak bernama Rajit yang terpaksa berhenti pengajian tingginya kerana tidak mampu melanjutkan pelajarannya.

bb_unit-607

Dari ketibaan Linda di India itulah bermulanya pelbagai kisah lucu dan juga konflik yang menjelaskan jalan cerita sebenar kisah ini.

Buat anda yang menyukai filem berkonsep muzikal dengan unsur cinta dan komedi, anda mungkin akan menyukai filem ini.

basmatiblues_poster27x40

Basmati Blues akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 April 2018.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!