90329

Beddua : The Curse Kisah Benar Sumpahan di Turki - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bulan Oktober sering dikaitkan dengan kisah seram dan mengerikan di dunia barat, gara-gara pengaruh perayaan Halloween yang mula disambut di Amerika Syarikat pada penghujung bulan.

Maka tidak hairanlah sekiranya banyak filem-filem seram mula dipromosikan pada bulan ini. Terbaru menjengah pawagam Malaysia adalah sebuah filem seram dari Turki berjudul Beddua : The Curse.

Filem ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar yang terjadi di sebuah perkampungan di Turki. Ia berkisar seorang gadis bernama Melek yang lumpuh. Dia dikatakan menjadi lumpuh gara-gara perbuatan jahat seorang wanita gila bernama Havel yang digelarkan sebagai ‘ahli sihir’ oleh penduduk kampung tersebut.

Ia dikatakan bermula apabila Melek dan tiga orang rakannya mengambil keputusan untuk ulangkaji bersama di sebuah rumah lama yang terpencil di luar kota. Namun Melek ‘dikatakan’ terkena sumpahan Havel, si ahli sihir gila sehingga menjadi lumpuh.

Dan sejak itu Melek dan tiga orang rakannya sering dihantui bayangan menyeramkan yang mengganggu hidup mereka dan keluarga Melek cuba mencari penyelesaian untuk penyakit Melek yang semakin aneh. Namun beberapa rahsia mula terungkai dan mendedahkan kejadian yang menjadi punca sebenar gangguan mereka.

Saksikan Beddua: The Curse di pawagam seluruh Malaysia bermula 4 Oktober 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!