71905

Bekas Isteri Datuk Eizlan Yusof Didakwa Hidup Bermadu Bersama Seorang VIP? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini rumah tangga pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof dan Vie Shantie Khan bergolak sehingga berlakunya penceraian telah menjadi topik hangat termasuklah dakwaan yang dikatakan Vie sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelawak terkenal, Zizan Razak.

ajp_0412

Vie dan Zizan juga telah tampil bagi membidas dakwaan itu dan menegaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih dari teman biasa. 

Baru-baru ini nama Vie lagi sekali menjadi buruan media dan netizen apabila beliau dikatakan telah mendirikan rumah tangga bersama seorang VIP secara senyap.

Menurut portal Utusan Online, Vie dan lelaki itu baru sahaja bernikah dan apa yang mengejutkan lagi ialah katanya Vie hidup secara bermadu.

vie-2_1

Apa yang difahamkan, lelaki itu sebenarnya pernah muncul dalam video klip lagu ‘ Sedetik Lebih’ yang dinyanyikan oleh Vie dan dimuat naik di laman YouTube.

Sejauh mana dakwaan ini? Kesahihan berita ini juga SURIAfm tidak ketahui. Jika benarlah apa yang didakwa, kami ingin mengucapkan tahniah buat Vie dan berharap agar ada kenyataan dari pihaknya supaya perkara ini tidak menimbulkan pelbagai fitnah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!