71997

Bekas Pembantu Ugut Sebar Video/Gambar Peribadi Reen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon wanita, Reen Rahim meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Along kerana bertindak mencuri vido dan gambar peribadi untuk tujuan yang tidak baik.

7n_reenrahimterusberusaha00

Bukan itu sahaja, menurut Reen sendiri wanita itu juga pernah mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan menerusi akaun Instagram dan ia sekali gus menganggap ia boleh menjatuhkan maruah Reen dan keluarga.

“Saya mengenali individu itu lima tahun lalu apabila dia menawarkan diri untuk membantu saya dalam melancarkan aktiviti seni dan menguruskan kelab peminat. Hubungan kami menjadi akrab sejak dua tahun lalu dan sepanjang kami berkawan rapat itu dia telah mengambil kesempatan untuk menyimpan gambar dan video peribadi saya dengan niat tidak baik. Sehinggalah apabila saya menjauhkan diri daripadanya atas sebab-sebab tertentu, dia tidak berpuas hati dan memburuk-burukkan saya di laman sosial termasuk kenyataan berbaur ugutan untuk menyebar gambar dan video peribadi saya yang dicuri dari telefon bimbit.”

Sebelum ini juga Along pernah cuba untuk memburukkan nama Reen di beberapa media dengan memberikan maklumat palsu dan fitnah tanpa pengetahuaan Reen sendiri. 

“Saya percaya dia juga memberi beberapa cerita yang buruk tentang saya kepada beberapa media tempatan di ruangan gosip. Sekarang bila dia rasa tidak berpuas hati lagi dia burukkan nama saya di laman sosial pula.”

Walau bagaimanapun, Reen sudah bertindak membuat laporan polis dan kini beliau sedang giat memantau aktiviti Along untuk tindakan selanjutnya. 

“Saya tidak tahu video dan gambar apa yang dimaksudkan berada dalam simpanan dia. Apa-apa pun perbuatan dia itu satu kesalahan kerana dia mencuri video daripada saya. Setakat ini, kami nak tengok tindakan dia dan jika lebih teruk saya tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang. Tapi kalau dia sedar perkara tersebut salah, saya harap dia berhentilah dan jangan kacau kehidupan saya lagi.”

Semoga persengketaan ini dapat diselesaikan dengan cara baik dari kedua belah pihak. Yela, masing-masing pernah menjadi kawan rapat. 

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!