99074

Bekas Pengurus Disangka Naif Dan Baik Hati Berjaya Tipu Lisa Blackpink RM3.5 Juta - Suria FM - Segalanya Hiburan

PIHAK pengurusan kumpulan Blackpink iaitu YG Entertainment mengesahkan artis naungan mereka iaitu Lisa menjadi mangsa penipuan bekas pengurus.

Menurut laporan Koreaboo, Lisa mengalami kerugian sebanyak RM3.5 juta dan memaklumkan ingin menyelesaikan isu tersebut secara peribadi.

“Kami sahkan Lisa jadi mangsa penipuan pengurus dan dia ingin menyelesaikan hal ini secara peribadi,” kata YG Entertainment menerusi satu kenyataan.

Dalam keterangan itu, Lisa memilih untuk menyelesaikan kes secara peribadi kerana bekas pengurus berkenaan merupakan individu yang pernah dipercayai sebelum ini.

Malah, pengurus berkenaan telah memulangkan sejumlah wang yang diambil dan berjanji menyerahkan keseluruhan wang tersebut.

Sementara itu, sumber terdekat mendedahkan bekas pengurus itu sudah lama berkhidmat dengan penyanyi berasal dari Thailand itu.

“Mereka dah bersama sejak awal kemunculan Blackpink dan sering mengiringi Lisa ke mana sahaja.

“Orangnya baik dan mudah berurusan… sangat baik hati dan agak naif dan dipercayai oleh semua ahli Blackpink,” ujarnya.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...