86654

Berat Badan Fizi Ali & Shakilla Khoriri Naik Mendadak Selepas Kahwin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Aura kebahagian jelas terpancar di wajah pasangan pengantin baru ini siapa lagi kalau bukan penyampai Suria Pagi Fizi Ali dan isterinya yang cantik jelita Shakilla Khoriri.

Berkesempatan menemui pasangan gila-gila ini, SURIA pun cuba korek rahsia mereka selepas berumah tangga lebih kurang 3 bulan ni.

Kata Fizi selepas berkahwin berat badannya naik mendadak. Jika dulu sebelum kahwin berat badannya 74 kilogram kini beratnya sudah mencecah 80 kilogram.

 

Perkara yang sama turut menimpa isterinya Shakilla Koriri yang sering ‘dihasut’ oleh suaminya untuk makan.

“Saya ada cakap kat Fizi saya tak boleh naikkan berat badan saya sebab saya masih ada penggambaran. Tapi dia kata tak apa makan jer. Sewaktu kami ke Sabah minggu lalu pun asyik makan sahaja di sana tak kira waktu”, jelasnya.

Disebabkan terlalu menikmati juadah sewaktu di Sabah, berat badan Shakilla telah naik sebanyak 3.5 kilogram.

“Selepas pulang dari Sabah saya teruskan penggambaran dan kena ‘sound’ dengan pengarah. Pengarah panggil saya lihat wajah saya sendiri di dalam monitor. Katanya wajah saya dah jadi seperti Sponge Bob” ujarnya.

Aduh kan dah kena marah dengan pengarah sebab dah lari konti. Tapi SURIA memang suka lihat pasangan bahagia ni. Selalu ceria dan sempoi jer. Tak payah nak cover cun. Semoga raya tahun ini lebih bermakna sebab dapat sambut kali pertama sebagai suami isteri.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!