72386

Berbuka Puasa Bersama Scocth-Brite Dan Suria - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini bertempat di restoran Suka Sucre, jenama pencuci terkenal Scotch-Brite dan Suria telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama dengan pemenang pertandingan ‘Masak Apa Hari Ini’ yang disiarkan melalui Suria TV.

unnamed-4unnamed-5Lebih dari 60 puluh orang telah menghadiri majlis yang diacarakan oleh Suraya Borhan dan Tyzo ini. Turut hadir ialah MasterChef Malaysia Chef Dr. Ezani.

Masak Apa Hari Ini adalah program memasak yang diacarakan oleh Suraya dan Tyzo. Chef Dr. Ezani bertanggungjawab menyediakan resepi hidangan berbuka untuk setiap episod. Di akhir episod Chef Dr. Ezani akan memberi tips mencuci menggunakan produk Scocth-Brite.

img_3899

Seramai 16 pemenang bertuah telah dipilih dan masing-masing memenangi wang tunai RM200 serta membawa 4 orang untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama penyampai Suria.

19260238_1436367979755146_1373667024115201310_n

Menurut Pengarah Urusan 3M, Parameswaran Nair, pertandingan Masak Apa Hari Ini adalah salah satu contoh bagaimana 3M mendekatkan diri dengan pelanggan mereka.

19225794_1436367019755242_8058434669640761834_n

19224922_1436366699755274_1865612582190400712_nPelbagai aktiviti menarik diadakan pada hari itu. Antaranya ialah aktiviti mengikat sampin dan mengayam ketupat. Tidak lupa juga cabutan bertuah yang menyaksikan dua pemenang membawa pulang penapis air 3M.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!