89299

Berlian ‘Fake’ Atau ‘Legit’? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Panas! Panas! Panas! Apabila juara program Gegarvaganza musim keempat (GV4) iaitu Aishah mendedahkan bahawa kalung berlian yang diterimanya sebagai hadiah bonus selepas memenangi gelaran juara GV4 adalah palsu.

Pelantun lagu Janji Manismu itu telah membuat pendedahan berkenaan di Instagram miliknya selepas rasanya dirinya ditipu oleh pihak penaja.

Bukan itu sahaja, malah hadiah yang berupa tanah lot yang dijanjikan kepada pemenang juga masih belum diterima oleh Aishah.

Kata Aishah lagi, bukan nilai sesuatu hadiah itu yang menjadi ukuran, tetapi kejujuran yang paling diutamakan. Jika kayu katakan kayu, jika plastik katakan plastik.

Sementara itu, penaja hadiah kalung berkenaan iaitu Dato Seri Vida menerusi laporan yang dikeluarkan akhbar Kosmo berkata, Aishah boleh pulangkan semula hadiah itu kepadanya.

“Aishah mungkin tidak faham hadiah rantai berlian itu mempunyai nilai susut. Tidak mengapa, pulangkan semula kepada saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Tambahnya, berlian mempunyai grednya tersendiri dan ada ketikanya harga permata itu tinggi dan ia juga boleh susut nilai.

Nampaknya isu hadiah ini mungkin akan memberi impak yang besar disaat rancangan kegemaran ramai itu mungkin bakal memasuki musim terbaru tidak lama lagi.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera di antara Aishah, pihak penaja dan juga penerbit program Gegarvaganza.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!