92712

Berpesta Bersama Artis Tempatan & Antarabangsa Di UChat Songkran Day Out - Suria FM - Segalanya Hiburan

Muat turun UChat sekarang dan dapatkan tiket untuk keseronokan di hujung minggu bersama 8 artis antarabangsa dan tempatan!

UChat Songkran Day-Out bakal memeriahkan Setia City Oval Lawn di Setia Alam, Selangor pada 13 dan 14 April 2019 mulai jam 10 pagi hingga 9 malam.

Ia dibawakan kepada anda oleh UChat, aplikasi e-wallet dan kiriman mesej 2 dalam 1 pertama di Malaysia yang dibangunkan i-Serve. Acara ini menggabungkan tiga elemen iaitu Konsert, Aktiviti Air dan Makanan. Inilah kelainannya berbanding acara lain yang seumpamanya untuk memberikan pengalaman baru kepada anda.

Program hujung minggu penuh keseronokan itu menampilkan konsert artis tempatan dan antarabangsa selama 2 hari, aktiviti tema air menyeronokkan dan pelbagai juadah dari trak makanan untuk anda menjamu selera. Semua transaksi pada hari itu adalah tanpa wang tunai menerusi UChatPay.

Konsert pada hari itu bakal menampilkan bintang Kpop, Chung Ha; kumpulan wanita idola Thailand, BNK48 serta penyanyi Jerman-Thai, Jannine Weigel.

Selain itu, ia turut menampilkan artis tempatan seperti kumpulan rock Bunkface, pelakon dan penyanyi popular Elizabeth Tan; penyanyi Malaysia berpangkalan di Taiwan, Min Chen; penyanyi EDM-Mandopop yang semakin dikenali, Priscilla Abby dan bintang remaja As’ad Motawh.

Apa yang pasti, UChat Songkran Day-Out mengandungi pelbagai aktiviti permainan tema air yang mesra keluarga, antaranya Waterfun Family Zone, Water Gun Fun Zone, Giant Bubble Playland dan Rock Paper Scissors Water War.

Bagi sesiapa mahukan sesuatu yang mencabar boleh menyertai ‘Water Tournament’ dan menentang pasukan lawan dalam permainan seperti Water Gun Deathmatch, Water Balloon Dodgeball, Giant Water Pong, Water Balloon Volleyball, Water Soccer dan Tug of War.

Tiket ke UChat Songkran Day-Out berharga RM189 (VIP Experience) dan RM139 (Premium Zone) untuk sehari. Pemegang tiket VIP Experience layak berada berdekatan pentas serta mendapat kemeja-T rasmi dan hadiah misteri selain pas sehari ke Waterfun Activities, Waterproof Phone Sleeve and Concert Kit yang turut diperoleh pembeli tiket Zon Premium. 1,000 pembeli pertama untuk dua kategori tiket ini layak mendapat diskaun 20%.

Bagi sesiapa yang hanya mahu menyertai aktiviti air tanpa menonton konsert, tiket Basic Zone berharga RM49 (RM25 untuk kanak-kanak). Semua tiket hanya boleh dibeli menerusi aplikasi UChat yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau App Store.

Maklumat lanjut, layari laman web uchat.com.my/events atau ikuti @UChat di Facebook dan @uchatmy di Instagram #UChatSongkran

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!