Penyanyi popular Ziana Zain hari ini secara sahnya telah bercerai dengan bekas suami Armin Zaharin pada jam 2.48 petang tadi.

Selepas mendirikan rumahtangga selama 20 tahun, Armin hari ini melafazkan talak satu kepada Ziana di Kompleks Mahkamah Rendah Syarie Shah Alam.

 

Ziana sewaktu ditemui pihak media berkata, beliau bersyukur kerana segala urusan telah selesai.

Fokusnya kini hanyalah kepada anak-anaknya seramai empat orang.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusan saya dengan dia”, jelasnya sambil mengesat air mata.

Biarpun apa yang telah dilalui again pahit untuk ditelan, namun Ziana tidak pernah menyimpan dendam dengan bekas suaminya.

“Saya memang bukan pendendam orangnya. Saya tak reti”, ujarnya sebak.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. SURIA doakan semoga Ziana dan bekas suami dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang selepas ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

 

sumber : Kopi Planet

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!