72806

Bersama Air Mata, Lan Ucap Selamat Tinggal Pada Kumpulan Kristal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Terkilan dengan tindakan Rody memuatnaik kenyataan di media sosial, vokalis kumpulan Kristal iaitu Lan tekad untuk menarik diri daripada kumpulan yang sudah 18 tahun ditubuhkan itu.

Lan sewaktu ditemui di sidang media selepas tamat konsert Gegarvaganza 4 (GV4) berkata bukan niatnya untuk merahsiakan penyertaannya dalam GV4. Tetapi setiap peserta yang terpilih perlu merahsiakan penyertaan mereka sehingga sidang media dilakukan.

screen-shot-2017-11-27-at-2-47-39-pm

“Saya akui memang saya tiada perbincangan langsung dengan kumpulan Kristal. Isu perbincangan di antara saya dengan rakan-rakan Kristal macam tak pernah wujud sebenarnya.

Sebab kebiasaannya apabila kami nak melakukan sesuatu memang tidak ada perbincangan dan persetujuan secara rasminya. Contohnya selama 18 tahun kami bersama, kemasukan ahli-ahli baru yang menyertai kumpulan Kristal tanpa bertanya, berbincang dan persetujuan dengan saya.

Tambah Lan lagi, dia sendiri tidak pernah tahu penyertaan ahli-ahli Kristal dalam mana-mana persembahan luar atau televisyen kerana mereka tidak pernah berbincang dengannya.

“Perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Saya pun tak kisah, saya pandang perkara ini rezeki masing-masing sebab saya ada keluarga, saya tahu macam mana nak hidup dalam zaman sekarang”, jelasnya.

Kata Lan lagi, Rody turut mempunyai album petikan gitar solonya sendiri. Malah dia menghasilkan album itu tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Lan.

screen-shot-2017-11-27-at-2-59-18-pm

“Saya masih lagi tak kisah malah saya tolong jualkan album Rody. Saya sokong kawan-kawan saya. Dia sendiri pernah minta tolong saya untuk tolong jualkan sewaktu saya melakukan persembahan di Sabah.

Lan turut kesal dengan kenyataan ahli kumpulan Kristal yang mendakwa diri mereka seperti tunggul selama sebulan Lan berada di dalam GV4.

“Sebenarnya saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam kumpulan ini. Minta maaf banyak-banyak. Saya tak pernah cakap perkara ini sebab saya tak pernah nak merungut. Cuma bila saya ditembak macam ni saya rasa kenapa harus terjadi seperti ini.

Saya dah anggap mereka sebagai keluarga. Keluarga saya di kampung, jadi bapak dia adalah bapak saya. Dalam kesibukan saya, saya masih sempat mengucapkan selamat bertunang kepada Rody dan pasangannya dan mohon maaf sebab saya tidak dapat hadir.

Saya sendiri pernah terlantar di hospital selama 8 hari tanpa ada yang jenguk pun. Mereka cuma telefon untuk bertanya bila Lan akan keluar untuk buat persembahan. Saya anggap mereka sebagai saudara saya. Itu memang saya terkilan tapi saya masih simpan”, luahnya kesal.

 

screen-shot-2017-11-27-at-2-54-29-pm

Lan turut berkata keputusan dia untuk bergerak secara solo bukan bermakna dia mahu meninggalkan terus kumpulan Kristal.

“Pada era sekarang untuk terus bertahan dalam hidup kita tak boleh buat satu benda sahaja. Saya cuba untuk buat macam-macam. Keluarga saya semakin membesar, sebab tu saya buat keputusan untuk menyanyi solo. Saya memang tidak pernah terniat langsung untuk tinggalkan kumpulan.

Namun kini segalanya kelihatan semakin sulit buat Lan. Kata Lan lagi, dia hanyalah minoriti dalam kumpulan Kristal. Suaranya tidak akan didengari.

“Terus terang saya memang kecil hati apabila saya diserang di media sosial. Saya tidak pernah kena sebegini. Saya tidak pernah buat hal dalam industri. Saya sayangkan kumpulan saya Kristal. Dengan rasmi di hadapan semua memang saya mohon untuk undur diri. Minta maaf, saya dah tak boleh”, luahnya sambil menitiskan air mata.

screen-shot-2017-11-27-at-2-49-59-pm

Lan turut meminta maaf kepada semua peminat kumpulan Kristal. Katanya dia tidak pernah termimpi pun untuk keluar daripada kumpulan Kristal. malah dia sudah pun ada perancangan untuk ulangtahun ke 20 kumpulan kristal nanti. Namun segalanya kini hanya tinggal rancangan.

SURIA turut bersedih dengan keputusan Lan untuk menarik diri daripada kumpulan kristal yang sudah terbina sejak 18 tahun yang lalu. Namun kita terpaksa hormat keputusan Lan andai ini jalan yang terbaik untuknya. Semoga Lan terus fokus dalam GV4 dan semoga berjaya sebagai penyanyi solo.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!