90759

“Bertahun Aku Imbangi Soal Kerjaya, Peribadi & Pelajaran Yang Penuh Drama” – Sufian Suhaimi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi lelaki popular, Sufian Suhaimi telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Dan Pengajian Media pada Ahad lalu.

Penyanyi Di Matamu itu telah memuatnaik gambarnya yang lengkap berbaju istiadat konvokasyen berserta kapsyen yang mengharukan.

Kata Sufian di dalam kapsyennya itu, bertahun dia cuba mengimbangi diantara kerjaya, peribadi dan pelajaran yang penuh drama. Ia kelihatan mustahil tetapi dia telah berjaya menyudahkan pengajiannya dengan bantuan manusia dan Allah.

Sufian turut mendedikasikan Ijazah Sarjana itu kepada kedua ibu-bapanya.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Sufian kerana telah berjaya membuktikan walau terdapat pelbagai cabaran dalam hidup, namun tetap berjaya berjaya di menara gading.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!