90737

Bertuahnya Neelofa! Individu Ketiga Di Dunia Diberi Peluang Menginap Di Bilik Bawah Air - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rasanya jika anda pengikut akaun selebriti popular Neelofa, pasti anda tahu bahawa sekarang ini beliau sedang berada di Maldives.

Namun yang menariknya tentang kunjungan Neelofa ke Maldives kali ini ialah beliau diberi penghargaan untuk menginap di bilik yang terletak di dasar laut.

Menerusi kapsyen Instagram yang dimuatnaik oleh Neelofa, katanya beliau adalah individu ketiga di dunia yang berpeluang menginap di bilik di The Muraka Conrad Maldives Rangali Island yang berharga USD50,000 satu malam itu.

 

Tambahnya lagi, resort berkenaan turut menyediakan perkhidmatan ‘butler’ 24 jam dan turut menyediakan bot persendirian untuk bergerak kemana-mana sekeliling pulau.

Bertuahnya Neelofa dapat merasai pengalaman yang menakjubkan seperti itu. Melihatkan gambar-gambar yang dimuatnaik Lofa, terasa bagaikan tidak percaya adanya bilik seperti itu di dunia.

Apa-apa pun SURIA percaya ini adalah hasil daripada kerja keras Neelofa selama ini. Tahniah Neelofa!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!