88610

Beyonce Upah Jurugambar Kulit Hitam Pertama Untuk Majalah Vogue Selepas 126 Tahun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Superstar terkenal dunia Beyonce dikhabarkan telah membuat satu permintaan yang bakal mengubah hidup seorang pemuda dan juga sejarah majalah fesyen terkenal Vogue.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Huffington Post, Beyonce dikatakan bakal muncul sebagai penghias kulit majalah fesyen Vogue untuk edisi September 2018.

Editor majalah Vogue iaitu Anna Wintour dikatakan telah memberi kebebasan untuk Beyonce melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebagai persetujuan untuk menjadi penghias muka depan majalah Vogue isu September.

Dengan kebebasan yang diberi, Beyonce lantas mengupah seorang jurugambar lelaki berkulit hitam bernama Tyler Mitchell yang berusia 23 tahun untuk merakam gambarnya.

Tyler telah memecahkan rekod majalah Vogue selama 126 tahun dimana majalah itu belum pernah mengupah jurugambar berkulit hitam. Bukan itu sahaja, Tyler juga bakal menjadi jurugambar termuda yang pernah merakam gambar untuk kulit majalah fesyen terkemuka dunia itu.

Sebelum ini Tyler sudah bekerjasama dengan nama-nama besar industri fesyen seperti Marc Jacobs, American Eagle dan Teen Vogue.

Nampaknya sejarah bakal tercipta untuk majalah Vogue edisi September 2018. Edisi September adalah edisi yang paling istimewa untuk majalah Vogue kerana ia meraikan bulan fesyen di seluruh dunia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber