71914

"Biar Kami Selesaikan Dulu" – Kenyataan Awie Tentang Isu Joe Digugurkan Dari Wings - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini ada satu dakwaan yang mengatakan hubungan antara vokalis Wings, Awie dan pemain gitar utama iaitu Joe dingin kerana masalah dalaman kumpulan itu.

7n_awienotismahkamah00

Kini, Awie tampil untuk menjelaskan bahawa beliau tidak mahu mengulas tentang kemelut yang melanda kumpulan itu buat masa ini sehingga ada khabar angin yang timbul mengatakan Joe bakal digugurkan dari kumpulan itu.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings. Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media.”

Awie diminta untuk mengulas tentang dakwaan yang kononnya Joe disingkirkan selepas dikhabarkan menjadi punca kumpulan tersebut terpaksa membatalkan konsert mereka di Kota Kinabalu, Sabah.

joe-wings

Sementara itu, Awie berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan dengan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Jika saya buat kenyataan ia akan memanjangkan perkara ini dan dituduh membawa cerita pula. Biarlah kami selesaikan dahulu ya.”

Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada tuan empunya badan, Joe berkaitan isu ini sejak dua hari lalu masih gagal apabila dia memberi alasan sedang sibuk seolah-olah mengelak untuk ditemubual.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!