88714

Big Stage – Pentas BBNU Asah Taring - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah bermula konsert Big Stage yang pertama di mana 10 peserta berentap demi merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000.

Sissy Iman berjaya menduduki tangga yang pertama untuk minggu yang pertama dengan pungutan markah sebanyak 90.27%. Namun jangan terkejut kerana peratusan undian untuk aplikasi Tik Tok, Sissy berada di kedudukan tercorot.

Berbeza dengan Tajul yang menduduki tangga yang kelapan hasil permarkahan daripada juri tetap iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan juri jemputan Noh Salleh. Namun di undian di aplikasi Tik Tok menyaksikan Tajul menduduki tempat yang pertama.

Situasi ini menunjukkan bahawa kuasa media sosial benar-benar memberi impak kepada kedudukan perserta. Kerana jika Big Stage ditentukan 100 peratus oleh penonton, pasti Sissy Iman akan menjadi mangsa pertama penyingkiran.

Antara peserta yang memberikan kejutan pada malam semalam ialah pendatang baru Sarah Suhairi yang mendendangkan lagu Pedih. Biarpun kurang dikenali dan baru pertama kali membuat persembahan di pentas berskala besar, namun keyakinan tinggi serta persembahan yang baik telah memukau seluruh dewan termasuk ketiga-tiga juri sehingga berjaya meletakkan Sarah ditangga yang kedua.

Turut tidak mengecewakan ialah penyanyi yang popular dengan lagu ‘cover’ Tak Tuk Tuang iaitu Andi Bernadee. Andi berjaya memberikan kelainan dalam lagu Tak Tung Tuang versi seksi bak kata Dato Seri Siti Nurhaliza.

Tiga perserta yang berada di kedudukan tercorot ialah Tajul, Baby Shima dan Arief Bahran. Selepas permarkahan dihitung, Arief adalah perserta pertama yang seharusnya meninggalkan pentas Big Stage namun berjaya diselamatkan kerana tiada penyingkiran dilakukan di minggu yang pertama.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber