85567

"Bila Filem Itu Hebat, Orang Akan takut" – Faizal Hussein - Suria FM - Segalanya Hiburan

12 tahun menanti untuk ditayangkan di pawagam, akhirnya filem DUKUN menemui penonton Malaysia hari ini.

Namun biarpun sudah mendapat kelulusan untuk tayangan, masih ada pihak dan suara-suara yang mempertikaikan penayangan filem ini kepada umum.

dukun-main-poster

Ada suara yang berpendapat filem ini tidak sesuai untuk diklasifikasikan sebagai filem PG13. Ada juga yang berpendapat filem ini mampu memesongkan akidah penonton.

Salah satu bintang utama filem ini iaitu Faizal Hussein berpendapat, golongan yang cuba menghalang daripada filem ini ditayangkan mungkin takut dengan kehebatan filem ini.

“Bila satu cerita yang hebat orang akan takut. Orang akan takut mungkin mengancam kedudukan dia dalam Festival Filem Malaysia akan datang, ataupun kutipan filem dia di panggung. Rezeki ini sudah ketentuan Allah. Allah yang tentukan 5 April ini selepas 12 tahun dapat menemui penonton-penonton di pawagam. Jadi ikut ketentuan itu”, jelasnya.

screen-shot-2018-04-05-at-4-20-44-pm

Faizal yang membawakan watak seorang peguam bernama Karim Osman meluahkan rasa gembira apabila filem ini akhirnya dapat ditayangkan kepada rakyat Malaysia.

“Persiapan untuk menjayakan filem ini sangat susah. Saya menyendiri di rumah untuk menghayati watak. Malah isteri saya sanggup pulang ke kampung untuk membiarkan saya bersendirian”, ujarnya.

Jangan lupa saksikan persembahan hebat Faizal Hussein sebagai peguam bernama Karim di mana beliau merupakan peguam yang akan membantu Diana Dahlan lakonan Umie Aida untuk terlepas hukuman gantung.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!