98363

Bimbang Ayam Jantan Dimakan Musang, Ed Sheeran Buat Reban Paling Selamat - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENYANYI Ed Sheeran dilaporkan kehilangan beberapa ekor ayam jantan peliharaannya akibat dimakan musang.

Menurut laporan Aceshowbiz, sumber memberitahu Ed terpaksa membina reban baharu bagi memastikan haiwannya itu selamat.

“Dia kehilangan beberapa ekor ayam dalam beberapa minggu lalu dan tidak mudah untuk diganti dalam keadaan seperti ini.

“Jadi sekarang ini dia memastikan reban ayamnya selamat dan tiada ayam yang hilang lagi.

“Ed Sheeran sangat mencintai alam sekitar dan dia juga menyukai hasil kebun yang segar,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Perfect ini dilaporkan mula berkebun bersama isterinya Cherry Seaborn sepanjang tempoh perintah berkurung (lockdown) berikutan wabak Covid-19.

Pasangan iini menanam pelbagai buahan dan sayuran antaranya strawberi, kentang dan lada di tanah milik mereka.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!