72605

Bisik Pada Langit Bakal Mengundang Tangisan Penonton - Suria FM - Segalanya Hiburan

poster-bpl

Tanpa disedari, banyak juga filem Melayu yang telah dipertontonkan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Namun tidak semuanya berjaya di pawagam.

Walau bagaimanapun, buah tangan terbaru Astro Shaw yang berjudul Bisik Pada Langit mungkin bakal mencipta kejayaan sendiri dalam menghasilkan tangisan air mata penontonnya.

bpl-46

Filem arahan pengarah tersohor Malaysia, Kabir Bhatia ini pada mulanya dihasilkan untuk menjadi sebuah telefilem di saluran Astro, namun atas kekuatan ceritanya ia diangkat menjadi sebuah filem penuh untuk tayangan pawagam.

bpl-42

Dibintangi bakat-bakat hebat seperti Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairi dan juga Erwin Dawson, filem ini merungkai jalinan kasih sayang istimewa antara seorang ayah dan anak perempuannya. Ia benar-benar mampu menyentuh perasaan penonton, khasnya golongan wanita yang mungkin rapat dengan ayah masing-masing.

Malah sewaktu tayangan galanya, ramai juga yang telah menitiskan air mata gara-gara konflik dan jalan cerita filem ini.

bpl-14

Lakonan mantap Jalil Hamid sebagai seorang ayah yang sanggup berkorban apa saja demi puterinya (lakonan Ummi Nazeera) memaparkan gambaran sebenar kisah hidup segelintir golongan bapa yang bermati-matian mempertahankan anak perempuan mereka sehingga terlupa untuk memberikan perhatian kepada anak-anak lelakinya yang lain.

bpl-32

Bisik Pada Langit ada mesejnya tersendiri yang dapat disampaikan pada penonton dengan jelas. Dari isu hubungan keluarga sehinggalah stereotaip masyarakat yang sering dihadapi masa kini, semuanya ada dimasukkan dalam filem ini.

bpl-29

Ia mula ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 21 September ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!