85088

Black Panther Paparkan Visual Cantik, Penuh Aksi - Suria FM - Segalanya Hiburan

blackpanther_intl_payoff_14feb

Penggemar filem sains fiksyen dan aksi mungkin sudah lama menantikan kemunculan adiwira dari dunia komik Marvel ini. Sejak diperkenalkan dalam siri filem The Avengers, watak Black Panther berjaya mencuri perhatian ramai penonton wayang.

mba7020_v008-1028

Namun pada waktu yang sama, pasti ramai juga yang ingin tahu asal usul watak adiwira tersebut dan filem Black Panther berjaya menjelaskan segalanya.

war7025_v009_009205-1012_r2

Ia menceritakan bagaimana Putera T’Challa (lakonan Chadwick Boseman) yang juga pewaris kerajaan negara Wakanda di Afrika diberi kuasa luar biasa sehingga berjaya berubah menjadi adiwira Black Panther dan setia mempertahankan negaranya daripada kuasa luar yang cuba mencuri kekayaan serta rahsia teknologi negaranya.

tns0100_v073-1225

Filem ini bukan sahaja memaparkan jalan cerita yang mudah dan menarik tetapi ia turut menyajikan penonton dengan seni visual yang sangat cantik dan canggih.

mld-03551_r

Malah penggarapan tata busana serta penataan gayanya juga sangat menakjubkan. Fesyen yang digayakan oleh watak-watak dalam filem ini menghidupkan lagi negara fiksyen Wakanda yang menjadi lokasi utama jalan cerita.

bst2020_v715-1204

Selain mempertaruhkan barisan pelakon yang hebat seperti Lupita Nyong’o, Michael B. Jordan, Angela Bassett, dan ramai lagi, filem ini sememangnya harus ditonton oleh semua orang yang menghargai seni visual berkualiti di samping sedikit aksi sains fiksyen sebagai pelengkap cerita.

war0980_tra_v021_001733-1034

Black Panther sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Februari 2018!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!