87819

Blok 404 Papar Kisah Seks Rambang, Pembunuhan Kejam & Isu Alam Sekitar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Telemovie Blok 404 pernah menjadi fenomena 17 tahun lalu apabila ia dijual dalam bentuk cakera padat VCD sehingga melonjakkan nama pelakonnya ketika itu seperti Nabila Huda dan Boy Iman.

Kini Blok 404 kembali tetapi dengan versi yang lebih besar dan diangkat ke layar lebar.

Masih menggunakan tema yang sama iaitu ‘thriller’, filem Blok 404 kali ini memaparkan isu yang lebih berat dari yang sebelumnya.

Gejala seks rambang, penggunaan dadah, pencemaran alam sekitar serta pembunuhan kejam diangkat menjadi rangka utama filem ini.

Jika dahulu penonton hanya mengetahui siapa dalang disebalik setiap pembunuhan di penghujung cerita, tetapi kali ini ia berbeza. Dalam filem Blok 404 anda akan tahu siapa pembunuh di pertengahan cerita tetapi akan ada kejutan yang tidak disangka-sangka sehingga ke pengakhiran filem.

Kemunculan semula pelakon-pelakon asal telemovie Blok 404 seperti Datuk Dr Boy Iman, Zamarul Hisham dan Raja Azrey akan mengembalikan semula nostalgia anda tentang telemovie yang terdahulu.

Namun jangan sesekali menganggap filem ini sama seratus peratus seperti telemovie yang terdahulu. Kerana jika anda mempunyai anggapan yang sedemikian, takut anda kecewa di kemudian hari.

Diarahkan oleh Isma, filem ini menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Nur Risteena, Amar Asyraf, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Andrea Abdullah dan beberapa kemunculan istimewa seperti Fasha Sandha dan Izreen Azminda.

Jangan lupa untuk menonton filem Blok 404 di pawagam berhampiran bermula 28 Jun 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!