93318

BONGKAR: Mengupas Isu-Isu Serius Berkaitan Keganasan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dalam era globalisasi ini, kecanggihan teknologi dihujung jari membuatkan kita berdepan dengan cabaran dunia tanpa sempadan.

Namun begitu, tidak semua menggunakan teknologi ke arah kebaikan. Malah, masalah sosial turut dikaitkan dengan kepesatan dunia teknologi kini. Bagaimana internet dan masalah sosial ini berkaitan antara satu sama lain?

Terbaharu, Suria dan SEARCCT memperkenalkan siri video digital BONGKAR yang akan menyelongkar dan membongkar isu-isu serius di Malaysia.

Siri BONGKAR ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang penggunaan internet dan media sosial yang berpotensi mempengaruhi masyarakat sekeliling kepada tindakan-tindakan yang melampaui batas atau berkaitan keganasan.

Melalui siri BONGKAR ini juga akan merungkai isu yang tersirat dan cara mengatasi serta menaikkan semangat nasionalisme di kalangan belia.

Saksikan BONGKAR – Katakan Tidak Kepada Extremisme setiap hari Jumaat di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!