72400

Brian Puasa 6 Kerana Banyak Manfaat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai radio Suria, Abang Brian mengakui buat pertama kalinya beliau sedang berpuasa 6.

Sebelum ini sudah beberapa tahun Brian berpuasa penuh di bulan Ramadan. Tetapi tahun ini buat pertama kalinya beliau mencuba untuk berpuasa 6 di bulan Syawal.

screen-shot-2017-07-03-at-5-22-40-pm

Katanya sewaktu mengendalikan segmen Menu Suria bersama seorang Ustaz, ada seorang pendengar memintanya bertanyakan kepada ustaz tentang puasa 6.

“Ustaz itu telah menghuraikan segala-galanya tentang puasa 6 yang dikatakan bahawa pahala jika berpuasa selama 6 hari itu diibaratkan sebagai setahun.

Sebelum ini saya ingatkan kena puasa terus selama 6 hari. Saya ada banyak komitmen, tetapi rupanya saya boleh memilih hari yang saya mahu berpuasa sepanjang bulan Syawal”, jelasnya.

screen-shot-2017-07-03-at-5-22-20-pm

Brian juga turut menjelaskan berpuasa 6 di bulan Syawal sangat bagus untuk kesihatan di mana selepas sebulan berpuasa di Ramadan, perut masih tidak biasa dengan perubahan. Jadi berpuasa 6 dapat mengimbangkan semula tubuh apabila anda terlebih makan di hari raya.

screen-shot-2017-07-03-at-5-34-33-pm

Ditanya bagaimana sambutan hari rayanya kerana beliau juga turut berpuasa, katanya sambutan hari raya tahun ini biasa sahaja. Tiada sambutan yang meriah. Malah pada hari raya beliau bertugas di konti.

“Ustaz itu juga ada berkata kepada saya, daripada kita bersyukur bahawa raya akan menjelang, lebih baik kita bersyukur bahawa kita dapat menyempurnakan ibadah puasa sepanjang Ramadan. Begitu juga untuk puasa 6”, katanya lagi.

Brian kini dalam proses menghabiskan puasa 6 yang berbaki lagi 4 hari saja lagi. Syabas Suria ucapakan kepada Brian. Semoga terus kuat dan bersemangat ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!