95806

‘Bromance’ Sham & Naqiu Disalah Erti - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lalu tular di media sosial gambar-gambar mesra dua peserta sensasi Gegarvaganza musim keenam iaitu Sham Visa dan Naqiu Boboi.

Namun apa yang tidak enak dibaca adalah komen-komen nakal netizen yang mendakwa kononnya mereka berdua mempunyai hubungan ‘istimewa’ dik foto terlebih mesra mereka berdua.

Kisah kontroversi itu turut dipertontonkan sewaktu konsert Gegarvaganza minggu lalu sebelum Naqiu membuat persembahan.

Demi mendapatkan kepastian, pihak media telah bertanyakan sendiri tentang kontroversi itu daripada Naqiu dan Sham sejurus selepas tamat konsert minggu lalu.

Kata Naqiu, sewaktu dia membawa tentang dakwaan mengarut daripada netizen itu, dia hanya mampu ketawa.

“Pada hari pertama kami tahu tentang itu memang kami ketawa besar. Kontroversi yang sebelum ini (dikatakan beristeri dua) pun belum reda lagi, timbul pula isu ini. Sampai saya tanya abang Sham, selepas ini isu apa pula yang kita kena.

Saya sangat menyanyangi Sham sebagai seorang abang. Walaupun disalah anggap , kami tak kisah pun”, luah Naqiu.

Ramai yang tidak tahu bahawa hubungan persahabatan mereka berdua sudah terjalin sejak dari tahun 2001 lagi kerana sewaktu itu Naqiu dan kumpulan Boboi menggunakan studio milik Sham untuk sesi latihan dan sebagainya.

“Naqiu berkembang di dalam studio saya sejak dari tahun 2001. Saya sudah lihat bagaimana evolusi Naqiu daripada seorang penyanyi remaja sehinggalah berjaya menjadi penyanyi dan gitaris yang hebat seperti sekarang. Saya sentiasa mengagumi bakatnya.

Sejujurnya saya banyak minta tips dari Naqiu terutamanya untuk menyampaikan lagu ketika saya mempunyai masalah suara”, ujar Sham.

Amboi netizen ni, tak baik buat spekulasi jahat tentang keakraban Sham dan Naqiu. Hubungan mereka berdua memang rapat malah mereka bernaung dibawah syarikat pengurusan yang sama iaitu Mind Order. Masing-masing pun sudah mempunyai ramai anak dan isteri yang cantik lagi.

Daripada menuduh benda yang bukan-bukan lebih baik kita doakan kejayaan mereka berdua di konsert separuh akhir Gegarvaganza minggu ini. Semoga berjaya ke peringkat akhir!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!