85137

Bruce Willis Kembali Beraksi Dalam 'Death Wish' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah agak lama tidak muncul sebagai teraju utama dalam filem, pelakon tersohor Hollywood Bruce Willis kembali ke layar perak dalam ‘Death Wish’.

whatsapp-image-2018-03-01-at-11-33-08-am-1

Sinonim dengan filem-filem aksi, Bruce sekali lagi membuktikan kehebatan lakonannya di mana dia memegang watak Dr. Paul Kersey, seorang pakar bedah yang sering berdepan dengan para pesakit di unit kecemasan yang juga mangsa kekejaman di bandarnya.

Apabila rumahnya sendiri dipecah masuk sehingga isteri dan anak perempuannya diserang dengan ganas, Kersey menjadi obses untuk menuntut bela dan menghapuskan para penjahat di bandarnya.

whatsapp-image-2018-03-01-at-11-33-08-am-2

Semestinya filem ini penuh dengan babak-babak mendebarkan dan penuh aksi. Jadi jika anda meminati filem bergenre sedemikian, pastikan anda menontonnya di pawagam sekarang.

Death Wish sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!